Permainan

Pemainan tradisional masyarakat di Malaysia perlu dikekalkan. Antara permainan tradisi masyarakat Malaysia termasuklah sepak raga, congkak, gasing, wau, catur cina, silambam dan sebagainya. Permainan ini biasanya dimainkan secara berkumpulan dan memerlukan sikap bekerjasama dan saling membantu.

PERMAINAN TRADISIONAL RAKYAT MALAYSIA

1. Konda kondi

Permainan ini dimainkan dengan cara memukul kayu kecil dan pendek dengan kayu panjang. Mata dikira berdasarkan berapa jauh kayu pendek berjaya dipukul. Jarak tersebut diukur dengan kayu panjang. Pasukan yang berjaya memperoleh mata yang telah ditetapkan terlebih dahulu berbanding dengan pasukan lain dikira sebagai pemenang.

2. Batu seremban

Permainan ini menggunakan batu-batu kecil dan dimainkan secara santai. Batu-batu kecil ini dikutip satu persatu ketika lambungan batu dibuat. Bilangan batu yang dikaut adalah mengikut jumlah pencapaian. Batu-batu yang terlepas daripada genggaman dianggap hilang giliran.

3. Kabadi

Permainan ini sering dimainkan oleh masyarakat India. Terdiri daripada dua kumpulan yang terdiri daripada 7-8 orang dalam satu kumpulan. Seorang daripada kumpulan akan menangkap seorang daripada kumpulan lain. Orang yang hendak ditangkap perlu menyelamatkan diri agar tidak terkeluar daripada permainan.

Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com. The Adventure Journal Theme.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: