Muzik

Kepelbagaian kaum di negara kita menyebabkan lahirnya pelbagai genre muzik yang mempunyai identitinya tersendiri mengikut kaum. Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka, kegunaan muzik adalah terhad. Muzik hanya dibahagikan kepada dua iaitu muzik diraja dan muzik rakyat.

Nobat adalah contoh bagi muzik diraja.  Nobat ini dimainkan ketika upacara diraja seperti upacara pertabalan, keputeraan dan kemangkatan. Alat muzik nobat termasuklah gong, gendang, serunai dan nafiri. Muzik rakyat adalah seperti ghazal di Johor serta hadrah dan gambus di Perak.

Muzik-muzik Melayu yang lain termasuklah dikir barat, ghazal dan gamelan.

KENALI MUZIK KESENIAN MALAYSIA

1.Dikir Barat

  • Terkenal di negeri : Kelantan
  • Keunikan persembahan : Persembahan berkumpulan secara duduk, tetapi mempunyai persamaan dari segi gerak tangan dan badan. Bahasa yang digunakan ialah dialek Kelantan.
  • Pakaian : Baju Melayu tradisional yang seragam.

2. Boria

  • Terkenal di negeri : Pulau Pinang
  • Keunikan persembahan : Persembahan berkumpulan yang mementingkan aspek tarian yang seragam dan diulang-ulang.
  • Pakaian : Kemeja berlengan panjang dan berseluar panjang. Di bahagian punggung dililit kain seperti memakai bengkung.

3. Ghazal

  • Terkenal di negeri : Johor
  • Keunikan persembahan :Mengetengahkan kumpulan muzik dan seorang penyanyi. Biasanya persembahan dibuat secara duduk.
  • Pakaian : Lelaki memakai baju Melayu lengkap bersongkok dan bersamping, manakala perempuan memakai baju kurung atau kebaya.
Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: